Selepas sejak 3 tahun senyap tanpa sebarang bab baharu, kini manga Hunter x Hunter meneruskan kisahnya kembali melalui bab baharu – bab 391 yang sudah boleh dibaca secara percuma melalui Manga Plus.

Sebelum ini, manga Hunter x Hunter terpaksa dihentikan sementara disebabkan oleh penciptanya, Yoshirio Togashi yang kurang sihat – dan memfokuskan pada diri terlebih dahulu, sebelum kini menyambungnya kembali.

Dengan ini, kini bagi para peminat siri Hunter x Hunter, sudah boleh sambung mengikuti kisah Gon Freecs dalam jelajahnya kembali – dan mengikuti bab baharu setiap minggu bermula bab 391 ini.

Sohor Kini