Salah satu permainan genre sukan yang popular di PC adalah Football Manager. Terbaru, SEGA telah pun menerbitkan Football Manager 2023 dalam bentuk Beta kepada para pemain di platform PC.

Anda hanya perlu mendapatkan permainan tersebut melalui Steam atau Epic Games, dan sudah boleh memainkan ia pada PC atau Mac.

Football Manager 2023 membawakan beberapa penambah-baikkan serta pengoptimasian berbanding versi sebelum ini. Ia memerlukan anda memainkan watak sebagai pengurus kelab bola sepak, dan perlu menguruskannya dalam membolehkan pasukan yang diterajui anda memenangi liga, sekaligus membentuk pasukan terkuat.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, Football Manager 2023 ditawarkan pada harga diskaun sehingga 8 November, dimana pengguna boleh mendapatkannya dengan potongan 20%, menjadikan harganya sekitar RM143.20.

Sohor Kini