Miniclip merupakan salah satu web yang sering dituju dalam memainkan pelbagai permainan berbentuk mini, atau pun berasaskan Flash pada suatu ketika dahulu. Ia dikunjung ramai, dan sering menjadi destinasi apabila ingin memainkan sesuatu permainan ringkas.

Namun, sejak populariti peranti mudah-alih meningkat – ia turut memberikan kesan kepada permainan berasaskan web, atau berasaskan kepada Flash. Ini juga membawa kepada orang kurang berkunjung ke laman Miniclip.

Kini, era Miniclip dilihat tamat sepenuhnya, apabila hab permainan tersebut menutup tirai, membuatkan orang ramai tidak lagi boleh mengakses kepada koleksi permainan yang banyak suatu ketika dahulu.

Melalui laman Miniclip, kini ia hanya memberikan akses kepada dua permainan sahaja, iaitu 8 Ball Pool dan juga Agar.io. Dengan penamatan ini, ia sekaligus menamatkan nostalgia ramai suatu ketika dahulu – sekaligus membawa kepada pengakhiran era permainan Flash dan berasaskan web.

Walaupun hab permainan berkenaan ditamatkan, ini tidak bermakna yang mana Miniclip tamatkan operasi sepenuhnya. Mereka masih bergiat aktif dalam arena permainan video, termasuk telah menerima pelaburan pihak Tencent – dan turut telah mengambil-alih penerbit permainan Subway Surfer sebelum ini.

Sohor Kini