Kes mahkamah antara Johny Depp dan Amber Heard adalah kes selebriti paling hangat tahun ini. Sepanjang perbicaraan kes ini, Internet tidak berhenti dengan mengeluarkan pelbagai teori, sokongan, jenaka dan macam-macam lagi.

Kini, HBO GO akan mengeluarkan dua dokumentari khusus mengenai perbicaraan pelakon Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean dan Mera dalam Aquaman. Dokumentari ini adalah Johnny vs. Amber: The UK Trial dan Johnny vs. Amber: The U.S. Trial.

Johnny vs. Amber: The US Trial. V1 Primary UK key art.

Johnny vs. Amber: The UK Trial adalah dokumentari dua episod daripada perspektif berbeza. Pertama memfokuskan perbicaraan mereka sepenuhnya mengenai pertuduhan penderaan rumah tangga dan kemudian mengenai kes saman malu antara Depp dan kenyataan oleh News Group Newspapers Ltd.

Johnny vs. Amber: The U.S. Trial pula adalah kisah dalaman mengenai kes perbicaraan hangat ini yang disiarkan di seluruh dunia dan ditonton oleh jutaan orang. Dokumentari ini mendedahkan perbualan bersama peguam Johny Depp, pendapat pakar perundangan dan wartawan, memperlihatkan bukti yang disampaikan dan kenyataan berbeza dari kedua-dua pihak – membenarkan penonton pilih sendiri untuk mempercayai Depp atau Amber Heard.

Kedua-dua dokumentari ini akan disiarkan di HBO Go pada 24 Oktober akan datang.

Sohor Kini