Filem Return To Silent Hill Diumumkan Berasaskan Silent Hill 2

Selain permainan olahan semula Sileny Hill 2 untuk PC dan PS5, Konami turut mengumumkan filem Return to Silent Hill. Filem ini tidak akan meneruskan jalan cerita dua filem Silent Hill dan Silent Hill: Revelation tetapi akan mengambil sebahagian jalan cerita Silent Hill 2.

Christophe Gans yang mengarahkan filem pertama akan kembali mengarahkan Return to Silent Hill. Tiada maklumat mengenai barisan pelakon dan bilakah filem ini akan tiba ke layar perak. Yang dikongsi hanyalah beberapa imej konsep dan storyboard yang telah dihasilkan semasa fasa praproduksi.

Masih tiada filem adaptasi dari permainan video yang benar-benar boleh dikatakan sebaik permainan asal. Diharapkan dalam percubaan ketiga, Konami dan Gans akhirnya akan dapat menghasilkan filem terbaik.

Sohor Kini