Enola Holmes 2 adalah filem sekuel kepada Enola Holmes, kisah adik Sherlock Holmes lakonan Millie Bobbie Brown dan Henry Cavill. Kali ini Enola telah membuka firma penyiasatan tersendiri dan memulakan kes penyiasatan mengenai kehilangan seorang gadis.

Dalam treler baharu, ia memperlihatkan kenapa Sherlock Holmes penting dalam filem ini;

Sedang Enola menyiasat, beliau bertemu dengan Sherlock dan mendapati kes masing-masing berkait rapat. Ia akan memperlihatkan jenayah yang melibatkan korupsi, tamak dan orang-orang atasan London yang mementingkan diri sendiri. Treler kedua ini turut ada banyak klip lucu dan aksi yang menarik, membuatkan aku sendiri tidak sabar untuk menontonnya.

Enola Holmes 2 akan disiarkan di Netflix Malaysia pada 4 November nanti.

Sohor Kini