Jony Ive terkenal sebagai pereka produk Apple, tetapi selepas hilang semangat dan arah tuju beliau meninggalkan Apple dan membuka firma rekaan sendiri LoveForm. Jony Ive kini bekerjasama dengan Ferrari dan walaupun Apple turut telah menamatkan kerjasama dengan beliau untuk menggunakan firma rekaan LoveForm, terkini Jony Ive dilihat telah menjadi penerbit eksekutif bagi filem animasi pendek untuk Apple TV+.

Animasi ini adalah The Boy, The Mole, The Fox And The Horse, yang diadaptasi daripada buku dengan judul sama karya Charlie Mackesy. Filem ini akan menceritakan mengenai kebaikan, persahabatan, keberanian dan harapan yang sesuai untuk semua usia. Ia akan mempertontonkan ilustrasi menarik rekaan Charlie Mackesy sendiri dan memperlihatkan seorang kanak-kanak bersama musang, kuda dan tikus mondok dalam pengembaraan mencari tempat tinggal.

Filem animasi ini dihasilkan oleh Cara Speller (“Love, Death & Robots) dari NoneMore Productions bersama-sama dengan J.J. Abrams dan Hannah Minghella dari Bad Robot Productions dan diarahkan oleh Peter Baynton. Selain Jony Ive sebagai penerbit ekselutif, Woody Harrelson (Zombieland. The Man From Toronto) turut menyertai beliau.

Tom Hollander, Idris Elba, Gabriel Byrne dan Jude Coward Nicoll adalah antara pelakon suara dalam filem animasi pendek ini. The Boy, The Mole, The Fox And The Horse akan disiarkan di Apple TV+ secara eksklusif 25 Disember ini, iaitu pada hari Krismas.

Sohor Kini