Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Mythic Quest akan kembali dengan musim ketiga. Ia akan disiarkan pada 11 November akan datang dengan 10 episod. Dua episod pada hari siaran dan kemudian akan diteruskan secara mingguan.

Mythic Quest musim ketiga akan memperlihatkan Ian dan Poppy dalam studio baharu mereka GrimPop Studios yang turut memfokuskan kepada metamesta. David yang kini menjadi bos kepada studio Mythic Quest cuba menjadi studio terhebat dan dalam treler baharu persaingan hebat diperlihatkan antara dua studio ini.

Dalam treler ini, Jo dilihat semakin ganas, Brad dibebaskan dari penjara dan mempunyai agenda jahat lain, Rachel dan Dana mempunyai masalah masing-masing, dan banyak lagi perkara menarik yang semakin lucu mungkin berlaku.

Mythic Quest boleh dikatakan seakan Silicon Valley, tetapi lebih fokus kepada pembangunan permainan video. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan siaran siri TV ini pada 11 November nanti eksklusif di Apple TV+.

Sohor Kini