Siapa sahaja tidak tahu mengenai Blockbuster dan Netflix? Netflix pernah menawarkan diri untuk dijual kepada Blockbuster pada sekitar 2000 tetapi ditolak. Kemudian Netflix berusaha sendiri menjadi popular, menjadikan penstriman sebagai satu trend sehinggalah Blockbuster tenggelam.

Terkini, Netflix bakal hadir dengan siri komedi baharu berjudul Blockbuster. Ia akan disiarkan pada 3 November akan datang;

Blockbuster ditulis oleh penulis siri komedi Brooklyn Nine-Nine mengenai cawangan Blokbuster terakhir di Amerika Syarikat dengan Timmy sebagai pengurus kedai. Ia akan mempeihatkan bagaimana Timmy dan para pekerja cuba memastikan mereka boleh terus beroperasi.

Timmy adalah seorang yang masih percaya akan analog atau teknologi lama walaupun kini berada di dunia moden dan 5G. Watak ini dilakonkan oleh Randall Park dan turut akan melibatkan Melissa Fumero sebagai Eliza, salah seorang sahabat, pekerja dan orang yang dikasihi. Mereka yang mengikuti Brooklyn Nine-Nine akan mengenali Melissa sebagai Amy dan dalam treler beliau dilihat masih lagi seakan Amy tetapi bukan lagi polis, sebaliknya pekerja kedai.

Blockbuster akan mempunyai 10 episod, dan akan disiarkan pada 3 November ini secara eksklusif di Netflix Malaysia jam 3 petang.

Sohor Kini