Apple TV+ baru-baru ini telah mengumumkan filem drama serius baharu Causeway. Filem ini adalah filem pertama arahan Lila Neugebauer seorang pengarah teater yang berjaya. Pelakon utama dalam filem ini adalah Jennifer Lawrence (“Don’t Look Up,” “American Hustle”) dan Brian Tyree Henry (“Eternals,” “Bullet Train,”). Causeway ditulis oleh Ottessa Moshfegh, Luke Goebel dan Elizabeth Sanders. Jennifer Lawrence turut menjadi salah seorang penerbit bagi filem ini.

Caueway mengisahkan Lynsey (Jennifer Lawrence), seorang bekas jurutera askar yang mengalami kecederaan otak kerana letupan dari alat letupan reka ganti (IED) ketika bertugas di Afghanistan. Lynsey kini perlu kembali belajar cara untuk berjalan dan bercakap sambil cuba mengembalikan memori beliau dengan jagaan oleh Sharon (Jayne Houdyshell). Dalam usaha memulihkan diri ini, beliau turut perlu menghadapi dugaan kehidupan harian dengan memori yang ingin dilupakan.

Ibu beliau turut menyebabkan beliau hidup tidak tenang, Dr. Lucas yang merawati beliau turut berwaspada dan Lynsey bekerja sebagai pencuci kolam renang. Suatu hari beliau bertemu dengan James Aucoin (Brian Tyree Henry) yang sedang pendam trauma dan bermula dari sini mereka menjadi sahabat dan bergantung pada satu sama lain.

Filem asli Apple TV+ ini dihasilkan bersama-sama dengan studio terkenal A24 (Everything Everywhere All at Once, Midsommar) dan akan disiarkan 4 November akan datang.

Sohor Kini