Akhirnya selepas hampir bertahun menanti, treler pertama bagi filem animasi The Super Mario Bros. Movie diperlihatkan. Ia adalah filem yang dihasilkan oleh Nintendo dan Illumination (studio Despicable Me, Minion).

Dalam treler ini, ia mempertontonkan Jack Black sebagai Bowser yang mempunyai suara yang gerun. Sementara Chris Pratt sebagai Mario yang dikatakan mempunyai suara unik hanya menggunakan suara Chris Pratt sendiri? Anda boleh tonton treler di bawah;

Agak mengecewakan suara Mario tidak unik. Tetapi dalam treler beliau hanya bercakap “What is this place?” dan “Mushroom Kingdom, here we come!”, mungkin akan ada lagi keunikan belum didedahkan. Luigi lakonan suara Charlie Day turut diperlihatkan.

Filem animasi ini dilihat hadir dengan kualiti yang sangat cantik, menawan dan turut membuatkan aku sendiri tidak sabar untuk menyaksikannya di pawagam. Jalan cerita dilihat, Bowser yang menyerang Mushroom City dan Mario entah dari mana muncul ke dunia ini sebagai adiwira.

Dalam filem ini Anya Taylor-Joy akan menjadi Peach, Seth Rogen pula sebagai Donkey Kong, Keegan-Michael Key menjadi Toad, Fred Armisen sebagai Cranky Kong dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan pada 7 April 2023 akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini