BCU bakal hadir dengan filem kedua mereka selepas Gundala, pertama di bawah siri Satria Nusantara iaitu Sri Asih. Filem ini diarahkan oleh Upi Avianto dengan skrip ditulis oleh Upi sendiri bersama dengan Joko Anwar.
Filem ini jelas sekali adalah kisah asal-usul Sri Asih dan akan ada penglibatan seakan satu majlis orang kaya yang kembali membangkitkan satu entiti jahat. Nani sebagai watak utama mula menyedari beliau adalah pewaris kepada kuasa Sri Asih dan akan menghentikan kejahatan ini. Filem ini menyertakan Sri Asih lakonan Pevita Pearce dan turut disertai oleh Jourdy Pranata, Jefri Nichol dan Randy Pangalila.
Upi baru-baru ini mengumumkan yang tayangan filem ini akan ditunda dari 6 Oktober 2022 ke 17 November 2022. Sebab ditunda dikatakan adalah kerana Upi tidak berpuas hati dengan hasil filem ini dan beliau ingin tayangkan filem yang lebih sempurna kepada umum. Tayangan di Malaysia masih tidak ada khabar lagi, tetapi turut mungkin ditunda.
Dalam komik, Sri Asih adalah seorang Dewi Sri yang dilahirkan semula dalam badan Nani Wijaya. Nani adalah anak daripada keluarga yang kaya raya. Nani bekerja sebagai Biro Penyiasatan Jenayah dan hari demi hari beliau berusaha menjadi seorang yang boleh menewaskan kejahatan. Suatu hari, Nani secara tidak sengaja menyeru nama Dewi Asih dan telah berubah menjadi adiwirati Sri Asih.