Pesaing terdekat Naruto, iaitu Sasuke kini menerima adaptasi manga tersendiri bermula bulan ini, dibawah nama Naruto: Sasuke Retsuden.

Sasuke merupakan salah satu watak popular dalam siri animasi Naruto, dan pengenalan manga khas untuk watak tersebut adalah bersempena dengan ulang-tahun ke-20 Naruto.

Naruto: Sasuke Retsuden ini akan diterbitkan bermula 23 Oktober 2022 kelak.

Ia dijangka mengambil latar kisah dimana Naruto menghadapi penyakit, membuatkan dia sukar untuk mengakses Chakra. Untuk mengatasi dan mengelak perkampungan Konoha diserang, Sasuke memulakan misi untuk mengkaji kesan penyebab terhadap penyakit Naruto.

Manga ini kelak akan diuruskan oleh artis Shingo Kimura.

Sohor Kini