Filem KL Gangster, KL Gangster 2 (prekuel), filem trilogi sampingan Abang Long Fadhil, siri TV Viu KL Gangster: Underworld dan filem Viu Rise to Power: KLGU boleh dikatakan satu IP filem/siri aksi jenayah yang cukup hebat dan berjaya.

Semua ini bermula dengan Syamsul Yusof dan bapa beliau Yusof Haslam melalui produksi oleh Skop Production dan Grand Brilliance. Baru-baru ini Syamsul dilihat ingin hadir dengan filem gangster baharu yang dikatakan tiada kaitan dengan IP sedia ada iaitu The Original Gangster.

Menurut beliau filem ini adalah filem aksi jenayah moden paling mahal dalam sejarah Malaysia. Filem ini akan dibintangi oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof sendiri, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Rosyam Nor, Yayan Ruhian dan ramai lagi. Nampaknya antara pelakon asal KL Gangster dipilih kembali sebagai watak utama.

Aneh sekali, Skop Production tidak terlibat sebaliknya Syamsul hadir dengan syarikat produksi sendiri iaitu Syamsul Yusof Films Sdn. Bhd. dan akan dihasilkan bersama dengan Razors Edge Pictures serta Media Prima.

Tiada sebarang tarikh lagi buat masa ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini