Now You See Me adalah filem rompakan dengan tema silap mata. Setakat ini, ia sudah mempunyai dua filem dengan Jesse Eisenberg, Woody Harrelson, Isla Fisher, Dave Franco, dan Morgan Freeman sebagai pelakon utama.

Filem ini adalah IP Lionsgate dan akan diteruskan dengan Now You See Me 3, yang mana mereka sudah menemui pengarah iaitu Ruben Fleischer. Ruben sebelum ini telah mengarah filem Venom dan Uncharted untuk Sony Pictures.

Penerbit It dan It Chapter Two iaitu Seth Grahame-Smith akan menjadi penulis skrip filem ini, menggantikan Eric Warren Singer iaitu penulis Top Gun: Maverick yang menulis draf pertama. Ruben menyatakan beliau adalah peminat silap mata dan juga Jesse Eisenberg serta Woody Harrelson dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan mereka. Memberi petanda yang dua pelakon ini akan kembali.

Jalan cerita, senarai pelakon lain dan tarikh tayangan masih belum diumumkan lagi. Tetapi dikatakan akan mempunyai cerita yang lebih segar dan banyak watak baharu. Sama-sama kita nantikan informasi lanjut mengenai filem rompakan magis ini.

Sumber: Deadline

Sohor Kini