Kedua-dua Ethan Hawke dan Ewan McGregor adalah pelakon yang hebat. Tetapi aku tiada memori mengenai mereka bersama-sama dalam satu filem atau siri TV. Di Aksiz, Black Phone adalah filem terkini lakonan Ethan Hawke yang kami ulas dan untuk Ewan McGregor pula siri TV Obi-Wan adalah yang terkini.

Di Apple TV+ pada 21 Oktober nanti, akan ada filem drama komedi baharu berjudul Raymond & Ray. Filem ini akan menyertakan kedua-dua pelakon ini sebagai watak utama, di mana mereka menjadi adik-beradik dengan seorang ayah yang teruk. Tetapi mereka berdua sentiasa menghiburkan sama sendiri dengan jenaka. Satu hari ayah mereka mati dan pengebumian ini adalah untuk mereka berdua kembali bersama selepas sekian lama.

Waris ayah Raymond dan Ray adalah untuk mereka berdua menggali kubur sendiri untuk acara pengebumian dan bermula dari sini banyak perkara berlaku dan keluarga baru dikenali.

Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Rodrigo García dan diterbit oleh Bonnie Curtis dan Julie Lynn melalui Mockingbird Pictures. Gabriela Rodriguez turut menjadi penerbit eksekutif bersama-sama dengan Shea Kammer.

Sohor Kini