Star Trek adalah francais filem sains fiksyen yang cukup popular. Sekuel filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 22 Disember 2023 menjadikan filem keempat untuk Chris Pine sebagai Kirk, Zachary Quinto sebagai Spock, Zoe Saldana sebagai Uhura, Karl Urban sebagai Bones, John Cho sebagai Sulu dan Simon Pegg sebagai Scotty.

Namun filem ini telah dibuang dari jadual tayangan oleh Paramount. Filem yang diberi gelaran sebagai Trek ini diumumkan pada tahun 2021 dan sepatutnya akan diarahkan oleh Matt Shakman selaku pengarah WandaVision dan akan dihasilkan oleh J.J. Abrams melalui studio beliau Bad Robots.

Tetapi ketika sekuel filem diumumkan, semua pelakon tidak menandatangani sebarang kontrak perjanjian untuk terus berlakon sebagai watak masing-masing. Matt Shakman juga telah tarik diri sebagai pengarah kerana sibuk dengan projek lain.

Filem terakhir adalah Star Trek Beyond yang diarahkan oleh Justin Lin yang ditayangkan pada tahun 2016. Filem ini dikatakan masih lagi dalam perancangan, tetapi tiada sebarang tarikh untuk bila ia akan ditayangkan, siapakah pengarah dan lain-lain lagi.

Sohor Kini