Di acara Monsta Con hari ini, CEO Monsta iaitu Nizam telah berkongsi banyak perkembangan mengenai syarikat mereka. Ini termasuk dengan perancangan untuk lima tahun akan datang untuk hadir dengan siri Papa Pipi, filem P.A.P.A, BoBoiBoy Movie 3, Project R, filem BoBoiBoy X Mechamato dan banyak lagi.

Siri Animasi dan filem mereka, termasuk juga dengan komik-komik semuanya berkait antara satu sama lain – di mana ia berlaku dalam dunia Power Sphera Universe. BoBoiBoy ada robot kuasa sfera sendiri iairu Ochobot yang memberi kuasa berasaskan sumber alam bumi, Mechamato dengan Mechabot yang boleh Mechanize objek menjadi senjata dan gajet dan akan datang siri Papa Pipi dengan Cumibot yang boleh mengubah dunia sekeliling menjadi simulasi.

Di acara ini juga, Nizam turut mengacah yang mereka akan hadir dengan dua lagi francais dalam Power Sphera Universe di mana akan memfokuskan kepada dua watak baharu yang masing-masing akan mempunyai robot kuasa sfera tersendiri. Satu watak jelas kelihatan adalah watak perempuan dan satu lagi dilihat adalah lelaki, tetapi tidak didedahkan jenis kuasa, siapa dan mereka berkait dengan francais mana.

Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dan terus menyokong animasi tempatan.

Sohor Kini