Di acara Monsta Con hari ini, CEO mereka Nizam mengumumkan yang Monsta sudah memasuko fasa ke-3 iaitu Monsta 3.0. Melaluinya mereka akan fokus kepada lebih banyak IP, akan hadir dengan lebih banyak projek dan ingin kembangkan lagi kandungan mereka agar menembusi lebih banyak pasaran luar.
Monsta 3.0 sudah bermula sejak tahun 2021 lepas dengan Mechamato musim pertama yang kini hadir di pelbagai platform dan memasuki ke 65 negara lain termasuk Jepun. Monsta 3.0 akan berterusan sehingga 2027 dan berikut adalah apa yang mereka rancang;
- 2021 – Mechamato Musim Pertama, BoBoiBoy Kembali Aidilfitri
- 2022 – PUBG X BoBoiBoy, Mechamato Musim Kedua dan Mechamato Movie
- 2023 – BoBoiBoy G2 A, Mechamato Musim Ketiga
- 2024 – Filem P.A.P.A, BoBoiBoy G2 B, Siri Papa Pipi Musim Pertama, Mechamato Musim 4
- 2025 – BoBoiBoy Movie 3, BoBoiBoy G3 A, Siri Papa Pipi Musim Kedua
- 2026 – Project R, Siri Papa Pipi Musim Kedua, BoBoiBoy G3 B
- 2027 – BoBoiBoy X Mechamato, Siri Papa Pipi Musim Ketiga