Selepas watak Papa dan Pipi muncul dalam francais BoBoiBoy, ia menerima sambutan yang sangat baik sehinggakan Monsta kembangkan dalam siri pendek di YouTube dan media sosial.

Kini selepas menerima ratusan juta tontonan, Monsta akan mengadaptasi Papa Pipi kepada siri TV penuh dengan membawakan watak baharu iaitu Cimubot dan Pupu.

Cimubot atau nama sebenar Simulasi Bot, disebut ”cimu” kerana Pipi yang pelat akan mengubah sekeliling Pipi ke dunia simulasi seperti di angkasa, konsep diraja atau juga zaman batu.

Pipi akan menggunakan Cimubot menentang musuh baharu iaitu kucing, Pupu. Pupu adalah kucing yang nakal yang akan mencuri, membuat kacau dan banyak lagi perkara menjengkelkan.

Siri TV Papa Pipi akan tiba pada sekitar tahun 2023 dengan prototaip dengan siri penuh pada sekitar tahun 2024 dengan perancangan untuk tahun 2025-2026 sehingga empat musim.

Sohor Kini