Permainan JRPG NieR: Automata keluaran Square-Enix merupakan salah satu daripada tajuk genre tersebut yang paling popular di dunia. Ia dilihat hadir dengan kolaborasi bersama pelbagai jenis permainan termasuklah Final Fantasy XIV, SINoALICE, Monster Hunter: Rise dan sebagainya.

Terkini, sewaktu acara Aniplex Online Fest, trailer pertama untuk siri anime NieR: AUtomata Version 1.1a telah dikeluarkan, dan ia memperlihatkan watak-watak yang dikenali seperti 2B dan 9S dan disuarakan oleh pelakon suara asal daripada permainan, termasuklah Yui Ishikawa dan Natsuki Hanae.

Yoko Taro dilaporkan kembali menulis penceritaan dan skrip untuk siri anime ini, dan diikuti oleh Ryouji Masuyama yang sebelum ini menulis skrip untuk sebuah lagi anime popular, Gurren Lagann. Yoko Taro mengatakan bahawa penceritaan anime ini dilihat akan berbeza berbanding dengan permainan, walaupun asas penceritaannya adalah sama.

Ini adalah kerana penceritaan anime yang sama dengan permainan video dan ini dilakukan secara sengaja untuk mengelakkan penonton berasa bosan sekiranya mereka sudahpun habis bermain permainan tersebut.

Studio animasi A-1 Pictures akan bertanggungjawab untuk memberi nafas kepada siri anime ini, dan mereka terkenal untuk siri-siri anime seperti Anohana, Fairy Tail, Sword Art Online, dan yang terkini, Lycoris Recoil yang baru sahaja tamat siarannya.

NieR: Automata Version 1.1a akan keudara di televisyen Jepun pada Januari 2023 ini.

Sohor Kini