Anda ingat lagi video nyanyian Ryan Reynolds bersama Will Ferrell yang dikongsi melalui YouTube Shorts tahun lepas? Ketika itu tiada siapa tahu video itu untuk apa, sedangkan kita tahu yang video Ryan Reynolds biasanya adalah untuk iklan atau mengacah sesuatu.

Kini akhirnya didedahkan secara rasmi yang Ryan Reynolds akan berlakon bersama dengan Will Ferrell untuk sebuah filem muzikal komedi Apple TV+ berjudul Spirited. Filem ini dikatakan adalah satu adaptasi muzikal untuk zaman moden kepada novel Charles Dickens’, A Christmas Carol.

Masih tidak banyak yang didedahkan selain filem ini akan tiba pada 18 November akan datang. Filem ini akan diarahkan oleh Sean Anders (pengarah Hot Tub Time Machine, We’re the Millers, Daddy’s Home) dengan skrip oleh beliau dan John Morris.

Selain Will Ferrell dan Ryan Reynolds, Octavia Spencer, Patrick Page, Sunita Mani, Loren Woods, Joe Tippett, Marlow Barkley serta Jen Tullock turut akan berlakon dalam filem ini.

Sohor Kini