Lupin Kembali Ke Netflix Untuk Bahagian Ke-3

Lupin adalah siri TV Perancis mengenai Assane Diop atau Lupin. Ia adalah kisah rompakan dan penyiasatan serta balas dendam. Dalam bahagian pertama dan bahagian kedua, ia memfokuskan kepada Assane Diop yang ingin membalas dendam terhadap kematian bapa beliau serta untuk menyelamatkan keluarga beliau.

Kini beliau telah berjaya, keseluruhan Perancis dalam proses mencari beliau. Lupin akan kembali ke Netflix untuk bahagian ketiga, di mana kali ini ia akan memfokuskan bagaimana beliau akan melarikan diri. Namun dilihat, ia bukan mudah dan Assane atau Lupin akan melakukan satu gimik lain bagi memastikan Perancis akan sentiasa mengenali siapakah beliau. Walau bagaimanapun, masih tiada tarikh siaran didedahkan lagi.

Sohor Kini