Shadow and Bone adalah siri TV mengenai Alina, seorang individu yang mempunyai kuasa hebat yang ada potensi memerdekakan negara beliau. Kuasa hebat ini menerima ancaman daripada Shadow Fold dan Alina perlu melatih pasukan askar Grisha untuk pastikan mereka boleh menentang musuh.

Musim kedua sudah pun disahkan lama akan tiba di Netflix. Di acara TUDUM lepas, Netflix kongsi treler acah yang memperlihatkan lebih banyak aksi menarik dengan penglibatan lebih banyak watak menarik. Musim kedua Shadow and Bone akan tiba pada sekitar tahun 2023 dengan tarikh siaran akan diumumkan nanti.

Sohor Kini