Alice in Borderland merupakan salah satu siri Jepun yang agak menarik di Netflix. Melaluinya, ia mengisahkan watak utama yang menyertai sebuah pertandingan yang perlu menyelesaikan sejumlah teka-teki, dan sekiranya gagal, dihukum mati.

Musim pertama telah ditayangkan sejak 2020 lepas, dan kini Netflix mengumumkan musim kedua untuk Alice in Borderland bakal ditayangkan pada Disember 2022 ini.

Selari dengan pengumuman ini, Netflix turut berkongsi treler pertama siri berkenaan, yang memperlihatkan sejumlah permainan misteri baharu dimainkan, dan watak utama bersaing dalam usaha kembali ke dunia asal kembali.

Sama-sama kita nantikan Disember ini untuk menonton penuh sambungan kepada siri Alice in Borderland ini.

Sohor Kini