Hellraiser adalah filem seram klasik yang mula ditayangkan pada tahun 1987. Filem ini mengisahkan seorang individu yang menemui sejenis permainan kiub yang membuka pintu ke dimensi lain jika berjaya diselesaikan. Mereka yang berjaya akan ditangkap dan didera oleh the Cenobites. Filem ini diadaptasi daripada novel karya Clive Barker The Hellbound Heart.

Sehingga hari ini, sudah ada sepuluh filem Hellraiser secara keseluruhan. Empat filem pertama berkait antara satu sama lain dengan versi 2002 iaitu Hellseeker mengembalikan salah seorang watak asal. Kemudian versi 2000 iaitu Inferno, Deader, Hellworld, Revelations dan Judgement menjadi filem tersendiri yang menggunakan konsep lebih kurang sama.

Kini selepas beberapa tahun, Hulu hadir dengan filem olahan semula dengan judul Hellraiser sahaja. Filem ini diarahkan oleh David Bruckner iaitu penulis bagi filem seram Shudder V/H/S/94. Filem ini ditulis oleh Ben Collins dan Luke Piotrowski dan dibantu oleh David S. Goyer iaitu penulis skrip The Dark Knight Rises, Man of Steel dan Batman v Superman: Dawn of Justice.

Berdasarkan treler, filem olahan semula ini akan melibatkan lebih ramai mangsa. Watak lakonan Goran Višnjić dilihat menjaga permainan kiub misteri ini dan memancing lebih ramai orang untuk cuba menyelesaikannya agar the Cenobites dapat mendera lebih ramai orang. Dalam filem ini, Pinhead dilakonkan oleh Jamie Clayton dan mempunyai rekaan yang lebih ngeri dan seram. Begitu juga dengan Cenobites lain yang dilihat amat menakutkan.

Filem ini akan disiarkan di Hulu pada 7 Oktober akan datang. Namun masih tidak pasti jika ia akan disiarkan di Disney+ Hotstar ataupun tidak.

Sohor Kini