Ted Lasso Dan AFC Richmond Akan Disertakan Di Dalam FIFA 23

Bagi yang mengikuti siri TV Ted Lasso di Apple TV+ mesti mengenali Ted Lasso lakonan Jason Sudeikis dan juga pasukan fiksyen AFC Richmond yang bertanding di Liga Inggeris. Walaupun sekadar satu siri fiksyen, akan tetapi EA dan Warner Bros telah bekerjasama untuk membawa siri tersebut di dalam FIFA 23.

Melalui kerjasama ini, pemain boleh mendapatkan pelbagai barangan berdasarkan AFC Richmond untuk mod FIFA Ultimate Team dan juga Pro Clubs. Selain itu, pemain juga boleh memilih Ted Lasso sebagai pengurus di dalam mod Career.

Selain itu, pemain juga boleh memilih kelab AFC Richmond untuk digunakan di dalam perlawanan persahabatan di dalam kategori “Rest of the World” dengan pemain-pemain seperti Roy Kent, Jamie Tartt, Sam Obisanya dan Dani Rojas. Ia juga akan hadir dengan stadium Nelson Road.

FIFA 23 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 September 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini