Permainan ARPG Diablo IV boleh dikatakan diantara permainan keluaran Activision-Blizzard yang sangat ditunggu-tunggu oleh pengguna. Baru-baru ini mereka telah mengumumkan bahawa ujian beta tertutup akan datang mereka akan tiba pada penghujung bulan ini dan akan memfokuskan kepada bahagian endgame permainan ini.

Diantara sebab yang diberikan oleh pihak pembangun ialah untuk tidak memberikan begitu banyak beberan terhadap jalan cerita permainan ini dan juga untuk memberi pihak penguji bagaimanakah bentuk permainan pasca-penceritaan Diablo IV.

Untuk memasuki ujian beta tertutup ini, anda perlu pastikan bahawa pilihan News and Special Offers from Battle.net diaktifkan pada perisian Battle.net. Selepas 11 Oktober 2022, anda akan menerima emel daripada Activision-Blizzard sekiranya dipilihn untuk beta tertutup tersebut.

Bagi mereka yang terlepas peluang, Activision-Blizzard juga mengatakan bahawa mereka akan membuka peluang kedua melalui ujian beta terbuka pada awal tahun hadapan dengan menawarkan ujian beta untuk bahagian endgame Diablo IV.

Sumber: Activision-Blizzard

Sohor Kini