Sony Pictures sedang sibuk memfokuskan dunia Sony Spider-Man Universe mereka dengan menghasilkan lebih banyak filem. Terkini, tiga filem dalam dunia ini dilaporkan oleh Deadline telah ditunda.

Filem pertama adalah Kraven The Hunter yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 13 Januari 2023 dan kini ditunda ke 6 Oktober 2023. Filem Madame Web yang sepatutnya ditayangkan pada 6 Oktober 2023 ditunda pula kepada 16 Februari 2024.

Akhir sekali, satu filem dunia Spider-Man Sony yang masih tiada judul yang dijadualkan pada 7 Jun 2024 akan ditunda kepada 12 Julai 2024.

Menurut sumber, sebab filem-filem ini ditunda adalah kerana jadual studio yang semakin sibuk menyiapkan banyak suntingan dan banyak filem yang memasuki fasa pasca-produksi.

Sohor Kini