Smile Adalah Filem Mengenai Senyuman Yang Membawa Maut

Sebelum tibanya bulan Oktober, iaitu bulan Halloween di mana filem Halloween Ends akan ditayangkan – UIP bakal hadir dengan satu filem seram lain iaitu Smile. Ia adalah sebuah filem seram psikologi yang dalam treler mempertontonkan senyuman boleh membawa maut.

Dalam filem ini, Dr. Rose Cotter lakonan Sosie Bacon telah menyaksikan pesakit beliau mengalami sejenis penyakit mental yang sukar untuk dijelaskan. Pesakit akan mula senyum dan kemudian mengambil nyawa sendiri atau menyerang orang lain. Senyuman ini kemudiannya berjangkit kepada siapa yang nampak dan akan mempunyai masa terhad untuk hidup.

Pelakon dalam filem ini adalah Sosie Bacon, Jessie T. Usher, Kyle Gallner, Caitlin Stasey, Kal Penn dan Rob Morgan.

Filem ini akan ditayangkan pada 29 September akan datang di pawagam seluruh Malaysia.

Sohor Kini