Animonsta, studio disebalik filem Boboiboy dan juga siri animasi Mechamato, kini mengumumkan filem pertama untuk Mechamato bakal ditayangkan secara rasminya di pawagam seluruh negara bermula 8 Disember 2022 kelak.
Untuk makluman, Mechamato menyentuh kisah berkenaan ayah BoboiBoy bernama Amato, dan juga sebuah robot yang menemani Amato bernama MechaBot.
Selain filem, Animonsta juga turut akan tayangkan siri Mechamato meallui sejumlah saluran – termasuk TV, Astro dan juga Netflix bermula Oktober.