WhatsApp nampaknya mula berkecimpung dalam kandungan asli tersendiri melalui filem pendek pertama mereka Naija Odyssey. Filem ini akan memfokuskan kepada kisah hidup pemain bola keranjang Giannis Antetokounmpo yang menjadi NBA All-Star MVP pada tahun 2021.

Filem pendek ini mempunyai durasi selama 12 minit dan mengambil inspirasi daripada puisi Greek The Poem. Ia akan menyertakan Giannis sendiri bersama Veronica iaitu ibu beliau menceritakan asal-usul dan kisah hidup.

Filem ini diarahkan oleh Nono Ayuso dan Rodrigo Inada, disunting oleh Mikkel E.G. Nielsen, yang memenangi anugerah Oscar 2021 Oscar untuk Sound of Metal. Filem ini adalah sebahagian daripada kempen WhatsApp yang inginkan Giannis menjadi duta media sosial mereka.

Naija Odyssey akan disiarkan di Prime Video pada 21 September serta turut boleh diakses secara percuma melalui platform media sosial WhatsApp.

Sohor Kini