Siri TV Titans nampaknya masih diteruskan lagi. Kini sudah pun sampai ke musim keempat yang dirancang untuk disiarkan pada November akan datang.

Dalam musim keempat, pasukan Titans akan menempuhi lebih banyak cabaran dengan kemunculan watak Lex Luthor. Lex Luthor dalam ini dilakonkan oleh Titus Welliver. Beliau akan cuba mendapatkan Connor/Superboy, iaitu eksperimen beliau untuk hasilkan klon Superman dengan DNA sendiri.

Ini juga bukan kali pertama Titus terlibat dengan DC. Sebelum ini beliau adalah pelakon suara bagi watak Carimen Falcon dalam Batman: The Long Halloween. Jika bersama Marvel, beliau pernah berlakon sebagai Agent Felix Blake dalam Agents of S.H.I.E.L.D dan turut menjadi Imperial Captain dalam The Mandalorian.

Sumber: EW

Sohor Kini