Penggambaran Filem Avatar 4 Telah Dimulakan

Disney amat serius dengan francais filem Avatar. Filem ini sehingga hari ini masih lagi filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Disney telah mengesahkan yang filem Avatar dirancang untuk mempunyai lima secara keseluruhan.

Filem kedua adalah Avatar: The Way of Water yang akan ditayangkan pada Disember tahun ini. Beberapa filem ini juga dirakam secara serentak, seperti filem Avatar 3 yang sudah pun selesai 95%.

Di acara D23 lepas, James Cameron mengumumkan yang mereka sedang meneruskan penggambaran bagi filem ketiga dan turut akan memulakan penggambaran bagi Avatar 4. beliau turut mendedahkan antara sebab penggambaran dimulakan awal adalah kerana pelakon itu sendiri.

Pertama adalah pelakon yang memainkan watak anak-anak Jake dan Neytir, mereka perlu rakam sekarang ketika usia masih muda. Kemudian turut ingin elak masalah pelakon lain dengan jadual yang padat.

James Cameron juga mungkin tidak lagi menjadi pengarah untuk filem Avatar 4 dan Avatar 5. Sebaliknya akan menjadi penerbit dan memantau di sebalik tabir sahaja.

Sohor Kini