Selepas Doctor Strange in the Multiverse of Madness, Marvel Studios dilihat ingin terus menawarkan lebih banyak kandungan bertemakan seram. Ini mungkin persediaan mereka agar penonton selesa dengan penawaran mereka, seperti akan datang filem Blade yang juga akan melibatkan elemen seram dan mistik.

Semasa acara D23 lepas, Marvel turut mengumumkan filem pendek khusus untuk Halloween – Werewolf by Night. Ia adalah satu filem seram hitam putih yang mengambil inspirasi filem 1930-an ke 1940-an. Filem ini akan memfokuskan kepada serigala jadian, Jack Russell lakonan Gael García Bernal. Kemudian selepas ketua pasukan pemburu raksasa rahsia mati, mereka mula memburu semua raksasa.

Elsa Bloodstone akan muncul dalam filem ini lakonan oleh Laura Donnelly, Verusa juga akan muncul lakonan Harriet Sansom Harris dan paling menarik raksasa MCU terkenal Man-Thing juga akan melibatkan diri dalam filem ini. Turut ada khabar yang Ulysses bloddstone dan TVA akan terlibat.

Filem seram pendek ini adalah sebahagian dalam MCU fasa 4 dan akan disiarkan di Disney+ pada 7 Oktober akan datang.

Sohor Kini