Musim kedua The Mandalorian tamat pada tahun 2020. Siri TV Boba Fett yang tiba pada tahun lepas turut menjadi premis untuk musim ketiga The Mandalorian.

Kita dapat lihat, Grogu kembali bersama Din Djarin. Di acara D23, treler baharu telah dikongsi dan sedikit sebanyak plot musim ini didedahkan.

Din dilihat bertemu dengan Bo-Katan untuk kembali menjadi The Mandalorian secara rasmi. Namun dengan beliau yang memiliki Dark Saber dan Bo-Katan yang memerlukannya untuk mengetuai Mandalore – mereka akan menjadi musuh.

Grogu turut dilihat ceria kembali bersama ‘ayah’ beliau dengan pelbagai pengembaraan. Kemunculan watak lain dan sinopsis lanjut hanya akan didedahkan nanti. The Mandalorian musim ke-3 akan disiarkan pada sekitar tahun 2023.

Sohor Kini