Beberapa bulan lepas, telah kami laporkan yang Disney+ akan menyiarkan siri TV National Treasure: Edge of History iaitu satu kesinambungan kisah daripada filem asal yang berlaku dalam dunia sama. Filem asal adalah mengenai pengembaraan Nicolas Cage mencari harta karun negara yang tersembunyi.

Siri TV ini akan menceritakan kisah watak-watak baharu yang tidak pernah lagi muncul. Ia akan mengisarkan pengembaraan Jess Morales lakonan Lisette Alexis. Jess akan mencari harta karun sejarah Amerika, dan mendapati ada rahsia yang perlu dirungkai mengenai keluarga beliau.

Dalam treler baharu, Sadusky (Harvey Keitel) turut kembali sebagai ejen FBI. Riley Poole (Justin Bartha) juga akan kembali dalam siri TV ini.

Siri TV ini masih tiada tarikh siaran lagi. Baru-baru ini Cormac Wibberley, penerbit siri TV ini menyatakan yang mereka ada merancang untuk menyertakan Nicolas Cage dalam Edge of Tomorrow. Perancangan asal turut ingin menjadikan siri TV ada kaitan dengan filem asal, tetapi Cormac memberitahu semua jangan harapkan sebarang hubungan antaranya.

Jika semua berjalan lancar, Nicolas Cage mungkin akan muncul dalam musim kedua nanti. Sama-sama kita nantikan sahaja kehadiran siri TV ini nanti.

Sohor Kini