Daniel Craig telah pencen sebagai ejen perisik MI6, 007 Jame Bond dengan filem terakhir beliau No Time To Die. Tetapi filem James Bond itu sendiri masih belum tamat dan masih aktif dalam pembangunan dengan kini dalam fasa mencari pelakon baharu untuk Bond.
Banyak spekulasi mengenai pelakon untuk watak ikonik ini. Henry Cavill, Henry Golding, Tom Holland, Tom Hardy, Sam Heughan, Idris Elba dan ramai lagi pernah dikhabarkan antara calon pengganti yang sesuai.
Dalam podisar The Shop, Idris Elba berkongsi kepada orang ramai yang menjadi James Bond bukan satu keinginan beliau dalam kerjaya lakonan dan beliau tidak akan terkejar-kejar untuk mendapatkan peluang melakonkan watak ini.
Barbara Broccoli iaitu penerbit James Bond pernah berkongsi yang tiada ada-apa kemaskini dan perkembangan lagi untuk filem baharu James Bond. Tiada skrip, tiada konsep, serta tiada senarai pelakon lagi. Filem baharu jika diteruskan mungkin akan memulakan penggambaran sekitar dua tahun lagi.
Filem baharu James Bond dikatakan mungkin akan cuba dengan penceritaan prekuel. Jika prekuel, siapakah pelakon James Bond muda yang sesuai? Kalau bukan prekuel adakah satu sekuel atau olahan semula? Sama-sama kita nantikan.