Tahun lepas, Netflix telah menyiarkan Yasuke iaitu anime yang memfokuskan kepada samurai berkulit hitam. Ketika zaman dahulu, beliau berkhidmat di bawah Oda Nobunaga dan watak Yasuke ini juga diadaptasi daripada Samurai sebenar.

Terkini, Netflix dilaporkan akan hadir dengan siri anime aksi nyata untuk Yasuke. Siri ini akan mempunyai lima episod dan ditulis oleh Nick Jones Jr. iaitu penulis sama dengan siri animasi. 21 Laps iaitu studio Shawn Levy yang bertanggungjawab untuk filem seperti Free Guy, Red Notice, siri TV Stranger Things dan Shadow and Bone akan menghasilkan siri Yasuke ini.

Omar Sy pula iaitu pelakon utama dalam siri TV Lupin dikatakan akan berlakon sebagai samurai bukan Jepun pertama yang berkulit hitam ini.

Sohor Kini