Setiap kali sesuatu projek Marvel diumumkan pasti dengan sepantas kilat akan ada maklumat berkaitan mula tertiris. Tidak kiralah senarai pelakon, jalan cerita, rekaan kostum dan sebagainya pasti akan tersebar.

Tahukah anda yang Marvel Studios di Burbank, California baru-baru ini dikatakan mempunyai satu bilik rahsia, Black Widow Room. Bilik ini dikatakan tiada tingkap, tiada akses ke Internet, dan tukang cuci pun tidak dibenarkan masuk.

Bilik ini dikatakan digunakan oleh Kevin Feige untuk menetapkan sesuatu keputusan penting. Ia turut digunakan untuk berbincang mengenai maklumat sensitif. Kaz Firpo iaitu salah seorang penulis untuk filem Eternals, mengesahkan kewujudan bilik ini.

Menurut beliau, sepanjang menulis skrip filem Eternals selama sembilan bulan – bilik inilah tempat kerja beliau bersama penulis lain. Bilik ini turut dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk memastikan keperluan dan kesejahteraan setiap mereka yang perlu masuk ke bilik ini.

Pelakon Ms. Marvel, Iman Vellani turut memberitahu kepada umum yang Marvel juga kerap menyebarkan maklumat tertiris palsu agar maklumat tertiris lain tenggelam dengan yang tidak betul.

Sohor Kini