Hanya sekitar sebulan sahaja lagi filem Black Adam akan ditayangkan. Filem ini akan menjadi filem DC pertama untuk Black Adam versi aksi nyata dan kemunculan aksi nyata pertama buat pasukan Justice Society of America dalam filem besar.

Warner Bros. sebentar tadi telah kongsi treler baharu bagi filem ini;

Filem ini dilihat mungkin berlaku dalam beberapa garis masa berbeza. Black Adam dilihat sebagai seorang musuh dengan membunuh orang ramai dan memusnahkan segalanya cuba dihentikan oleh JSA iaitu pasukan adiwira pertama dunia. Dalam treler ini juga, aksi-aksi hebat oleh setiap ahli pasukan JSA dipertontonkan iaitu Carter Hall/Hawkman (Aldis Hodge), Kent Nelson/Doctor Fate (Pierce Brosnan), Maxine Hunkel/Cyclone (Quintessa Swindell), dan Albert Rothstein/Atom Smasher (Noah Centineo).

Treler turut memberi cadangan yang Black Adam mengganas kerana ingin balas dendam dan besar kemungkinan akan ada penjahat lain yang membuatkan JSA dan Black Adam mungkin akan bekerjasama untuk menyelamatkan dunia.

Dwayne Johnson adalah Black Adam dalam filem ini, Uli Latukefu, Marwan Kenzari, Mohammed Amer, James Cusati-Moyer, dan Bodhi Sabongui turut akan terlibat. Filem ini diarahkan oleh Jaume Collett-Serra (Jungle Cruise) dan akan ditayangkan pada 21 Oktober nanti.

Sohor Kini