Mechamato merupakan salah satu siri animasi yang dibangunkan oleh Monsta – studio sama disebalik Boboiboy. Malah, penceritaannya juga turut berkait dengan  dunia semesta Boboiboy – dimana ia memfokuskan kepada ayah BoBoiBoy bernama Amato, dan juga sebuah robot yang menemai beliau dinamakan MechaBot.

Terbaru, Monsta turut berkongsi mengatakan siri animasi Mechamato ini akan disiarkan melalui stesen televisyen TV9, TV3 selain platform Netflix dan juga YouTube bermula Oktober 2022 ini.

Ia sekaligus memperluaskan penawaran platform untuk menonton siri animasi ini. Pada hari ini, Mechamato boleh ditonton melalui HBO Go, Astro Prima dan juga Astro Go.

Dengan langkah ini, lebih ramai dapat menonton siri animasi ini, sebelum filem Mechamato ditayangkan pada penghujung tahun 2022 ini.

Sohor Kini