Air Force The Movie Selagi Bernyawa adalah filem tempatan baharu yang mengisarkan pasukan PASKAU (Pasukan Khas Udara) yang terkandas di Namburi akibat pesawat mereka ditembak. Manakala Pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka yang terkandas.
Filem ini diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan Frank See. Senarai pelakon pula antaranya adalah Aiman Hakim Ridza, Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Johan Asari dan Azira Shafinaz.
Filem ini mula ditayangkan pada 24 Ogos lepas. Kini, selepas empat hari ditayangkan, filem ini kini sudah menerima kutipan sehingga RM8 juta.
Bukan itu sahaja, GSC turut mengumumkan yang filem ini akan ditayangkan di luar negara iaitu di Korea, Jepun dan juga Taiwan.