Pada minggu lepas, Sony telah meningkatkan harga jualan PlayStation 5 pada peringkat global, termasuk di Malaysia. Untuk pasaran tempatan, ia memperlihatkan peningkatan harga jualan sebanyak RM200 berbanding sebelum ini.

Sony menyatakan peningkatan harga ini disebabkan oleh inflasi, serta tukaran mata wang, serta beberapa faktor lain.

Disebabkan oleh ini, ia turut menjadi persoalan berkenaan dengan sama ada Microsoft akan meningkatkan harga jualan konsol mereka.

Menjawab mengenainya, Microsoft mengatakan mereka tidak akan meningkatkan harga jualan Xbox Series S dan Xbox Series X buat masa ini. Harga jualannya masih kekal seperti biasa.

Apa pun, buat masa ini, konsol Xbox masih tidak ditawarkan untuk pasaran tempatan buat masa ini.

Sohor Kini