Warner Bros. Discovery (WBD) telah pun mengumumkan yang mereka akan hadir dengan perancangan 10 tahun untuk filem-filem DC. Dengan kata lain, mereka akan mengolah semula dunia DC yang kita kenal sudah tiada. WBD hanya akan memperkenalkan filem-filem yang berkualiti tinggi dan mungkin akan mengikut strategi Disney dengan MCU.

Walter Hamada adalah ketua filem DC untuk beberapa tahun. Beliau juga antara yang menjayakan konsep multimesta dalam DC melalui siri TV di The CW, Arrowverse dan turut bertanggungjawab memberitahu semua orang yang semua filem DC dan siri TV adalah berkaitan yang berlaku di dunia berbeza. Beliau akan bertugas sehingga filem Black Adam dikeluarkan nanti.

WBD terkini dilaporkan mungkin telah menemui pengganti beliau. Tetapi pengganti ini akan memegang tanggungjawab yang lebih besar, di mana beliau akan menjadi seperti Kevin Feigi untuk projek-projek filem dan siri TV DC. Individu ini adalah Dan Lin, penerbit untuk filem aksi nyata Aladdin, The Lego Movie dan francais filem It.

Dan Lin dikatakan akan melapor terus kepada CEO WBD iaitu David Zaslav. Jawatan beliau akan menggantikan ketua Warner Bros. Pictures, Michael De Luca dan Pam Abdy, serta pengerusi Warner Bros. TV, Channing Dungey. Beliau akan akan mengendalikan kesemuanya seorang diri.

Perkara ini masih tidak rasmi lagi, kerana WBD masih dalam fasa penstrukturan semula dan ini turut akan melibatkan masa hadapan Dan Lin dengan syarikat produksi beliau, Rideback.

Jika perkara ini diteruskan, adakah WBD akan berjaya hadir dengan dunia filem DC yang berjaya dan boleh diterima ramai sepertimana Kevin Feigi lakukan pada MCU? Ini masih tidak pasti lagi, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini