Netfix hari ini telah mengumumkan yang Steve Blackman iaitu penulis dan juga pengarah The Umbrella Academy akan bertanggungjawab untuk mengadaptasi permainan Horizon Zero Dawn menjadi siri TV untuk perkhidmatan penstriman tersebut.

Siri TV Horizon Zero Dawn sudah diumumkan oleh Sony pada bulan Mei lepas lagi, dan kini telah disahkan siapa yang akan menyelia siri ini.

Melalui temubual bersama dengan Netflix, Steve Blackman mengatakan yang mengatakan yang Guerrilla Games telah hadir dengan dunia yang sangat baik menggandingkan manusia dan mesin. Blackman akan menulis siri Horizon Zero Dawn ini bersama dengan Michelle Lovretta.

Sohor Kini