Episod Bonus Sandman Kini Boleh Distrim Di Netflix

Semasa diumumkan, siri Sandman di Netflix hanya akan mempunyai 10 episod. Malahan semasa mula ditawarkan di platform penstriman sejak 5 Ogos, hanya 10 episod sahaja diberikan. Tetapi semalam penulis karya asal Sandman, Neil Gaiman mengumumkan episod ke-11 kini boleh distrim oleh pelanggan.

Episod kesebelas ini terdiri daripada dua cerita iaitu A Dream of A Thousand Cats dan Calliope. Cerita A Dream of A Thousand Cats adalah dalam bentuk animasi pendek sementara Calliope juga sebuah cerita pendek yang tidak menyambung cerita utama dari 10 episod pertama Sandman.

Sohor Kini