SEE merupakan salah satu siri-tv eksklusif yang ditawarkan melalui Apple TV+ sejak 2019 lepas. Ia telah pun melalui musim pertama dan juga kedua, dan kini ia menantikan kehadiran musim ketiga tidak lama lagi.

Selari dengan perancangan untuk pengenalan musim ketiga, kini Apple mula menawarkan musim pertama siri-TV tersebut untuk ditonton percuma oleh semua melalui Apple TV+.

Penawaran ini adalah untuk masa terhad sahaja, sehingga 29 Ogos 2022 kelak. Bagi anda yang tidak melanggan Apple TV+, dan ingin menonton siri-TV SEE, mungkin ini peluang untuk anda.

Sohor Kini