The Lord of the Rings akan mempunyai siri TV sampingan sebagai prekuel kepada francais filem. Siri TV ini adalah The Rings Of Power yang menceritakan kisah cincin dibentuk ketika Second Age Middle-earth iaitu ribuan tahun sebelum garis masa dalam filem.
Ia turut akan mempertontonkan bagaimana Dark Lord Sauron bangkit serta menceritakan kisah Númenor dan Last Alliance of Elves and Men.
Watak-watak terkenal dalam francais filem turut akan kembali seperti Galadriel dan Elrond versi muda yang dilakonkan oleh Morfydd Clark dan Robert Aramayo.
Siri TV ini akan disiarkan pada 2 September akan datang dengan dua episod pertama di Prime Video. The Rings of Power musim pertama akan mempunyai lapan episod dan akan disiarkan secara mingguan sehingga 14 Oktober.