Sony nampaknya tidak memfokuskan semata-mata kepada permainan di konsol PlayStation sahaja, tetapi kini turut mula memfokuskan kepada permainan video pada PC.

Selepas memperkenalkan beberapa permainan PlayStation pada PC, kini pihak Sony turut menyediakan sebuah halaman khusus pada laman rasmi PlayStation, dengan fokus terhadap permainan PC.

Melalui halaman berkenaan, Sony memperlihatkan apakah tajuk-tajuk permainan yang sedia ditawarkan, dan apakah yang bakal hadir tidak lama lagi.

Ia kini turut menyenaraikan permainan Marvel’s Spider-Man :Miles Morales dan juga Uncharted : Legacy of Thieves Collection sebagai akan hadir ke PC tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi permainan PlayStation untuk PC, atau turut menyemak Steam atau Epic Games dalam mendapatkan permainan keluaran PlayStation ini.

Sohor Kini